|
JAKSA & AJK JAKSA |
|
Pengarah, Sufiah dan peserta, Syahera |
|
Pengetua, Encik Mohd Azmir Mohd Nizah |
Assalamualaikum wbt.
Satu bengkel 3P telah diadakan untuk JAKSA dan AJK JAKSA bagi memberi pendedahan kepada seluruh jawatankuasa JAKSA KKNC tentang tempat yang bakal dilawati untuk Lawatan Antarabangsa yang dikelolakan oleh saudari Idza Sharmina Bt Sakidi (BIRO PENGANTARABANGSAAN JAKSA KKNC).
Pengarah program Bengkel 3P, iaitu saudari Ramziah Sufiah Bt Mohd Shakib berhempas pulas untuk demi menjayakan bengkel ini dengan menjemput 3 orang penceramah dari Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).
Tarikh : 15 Januari 2012
Masa : 9 pagi - 4 petang
Tempat : Bilik Latihan, Dataran Selera
PENCERAMAH 1 : EN. MUHAMMAD SUHAIL AHMAD
PENCERAMAH 2:
PENCERAMAH 3: EN. JUFITRI JOHAR
Pengetua, En. Mohd Azmir Mohd Nizah, 2 orang Felo, Cik Nabilah dan Cik Hafizah turut hadir ke sesi bengkel ini. Bentuk penyampaian tidak terhad sekadar ceramah, malah banyak gambar-gambar dan video ketika penceramah berada di di Pulau Cocos dan Pulau Krismas, Australia juga dipaparkan. Kertas kerja yang telah siap didraf oleh Pengrah Program Lawatan Antarabangsa, Saudari Idza dapat diperbaiki sedikit sebanyak sekaligus membuat penambahbaikan.
Pada asalnya En. Azmir yang berhajat ingin membuat 2 lawatan antarabangsa iaitu ke Pulau Krismas dan Pulau Cocos, Australia akan tetapi berdepan dengan hakikat bahawa kesukaran dalam mencari tempat tinggal di Pulau Krismas, maka rancangan ditukar supaya lawatan antarabangsa hanya ke Pulau Cocos ekoran daripada penduduknya yang sedia menumpangkan rumah mereka untuk dijadikan tempat tinggal dan bersedia menerima tamu untuk membuat kelas agama bagi mereka.
Laporan disediakan oleh,
SITI SYAHERA MOHAMAD AZEMAN
s/u LAWATAN ANTARABANGSA PULAU COCOS, AUSTRALIA